
Mengisahkan Sam (Shaheizy Sam), seorang lelaki biasa yang mahu menjalani kehidupan biasa dan bahagia bersama insan tersayang, iaitu kekasih dan bakal isterinya, Lisa (Lisa Surihani). Sam dan Lisa bekerja di sebuah syarikat percetakan. Malangnya, Lisa mempunyai ramai peminat termasuk seorang lelaki psiko bernama Haikal (Azad Jasmin). Pada masa yang sama juga, Jefri turut menaruh harapan pada Lisa. Lelaki psiko tersebut iaitu Haikal amat mencintai Lisa dan sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk memiliki Lisa. Akibatnya, Lisa sering diganggu oleh Haikal dan timbulnya konflik pergaduhan antara Sam dan Haikal. Apabila Lisa menolak cinta Haikal, bertambah psiko diri Haikal yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa cintanya tidak berbalas.